25 July 2019

ISTERI KEGUGURAN APRIL LALU - SYUKRI YAHYA REDA, TERINGIN ANAK LELAKI


"Tya disahkan hamil, Mac lalu. Namun, ketika itu, saya tidak mahu berkongsi kepada umum. Pada fikiran saya, biarlah orang ramai tahu sendiri atau jika ada yang bertanya. Apabila disahkan doktor, kandungan sudah 'kosong'. Tipulah jika saya kata tidak kecewa, cuma saya reda dengan ketentuan Tuhan.





"Insya-Allah... Saya pasti rezeki ada pada masa hadapan. Dikurniakan anak sulung perempuan, saya teringin anak lelaki untuk melengkapkan keluarga kecil saya," tutur pelakon Shukri Yahya yang mengaku isterinya, Tya Adnan mengalami keguguran, April lalu selepas pada mulanya merasa sakit pada bahagian perut.

Pelakon drama 'Isteri Luar Biasa' itu menjelaskan, dia tidak berputus asa untuk menambah zuriat pada masa akan datang: "Kami memang dah bersedia nak timang anak lagi kerana usia Aaira sudah berusia tiga tahun. Alhamdulillah isteri berada dalam keadaan baik dan kami akan berusaha untuk mendapatkan cahaya mata baharu.

"Doakan impian saya untuk menimang anak lelaki dimakbulkan Tuhan," kata Shukri atau nama sebenarnya Mohd. Shukri Yahaya, 31, yang mendirikan rumah tangga dengan Tya pada 2015 dan dikurniakan seorang anak sulung perempuan, Aaira Ameena yang berusia tiga tahun.

Klik untuk gambar besar





www.myartis.com / Sumber: Beriat Harian, Harian Metro, Kosmo, Instagram Syukri Yahya, Tya Adnan


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: