25 July 2019

TAHNIAH - SHEILA ABDULL & SUAMI TIMANG CAHAYA MATA PERTAMA


Alhamdulillah... tahniah kami ucapkan kepada penyanyi Sheila Abdull yang telah selamat menimang cahaya mata pertamanya apabila selamat melahirkan bayi perempuan seberat 4.08 kilogram (kg) pada Ahad lalu. Berita gembira itu telah dikongsikan oleh suaminya, Ammar Habir yang merupakan gitaris kumpulan Drama Band menerusi entri di Instagram (IG) miliknya.





"Assalamualaikum. Saya dan isteri @sheilaabdull ingin kongsikan berita gembira kepada semua. Kami telah dikurniakan cahaya mata pertama kami 4.08kg pada Ahad 4:54 petang, 21 Julai 2019 tempoh hari. Bayi perempuan yang kami namakan Chempaka (nama penuh tengah fikir lagi).

"Syukur kehadrat Allah atas kurniaan yang sangat berharga ini. Juga saya dan isteri mengucapkan terima kasih atas doa dan berkat dari keluarga dan kenalan semua. Semoga baby Chempaka diberikan kesihatan yang baik dan dibesarkan menjadi insan yang berjaya dunia dan akhirat. Amin," tulisnya.

Dalam pada itu, menerusi ruangan, komen rata-rata mengucapkan tahniah selain selamat berpantang kepada Sheila. Ada juga turut mendoakan kesihatan Sheila dan bayi yang baru dilahirkan itu. Terdahulu, Sheila dan Ammar telah mendirikan rumah tangga pada Disember 2016, selepas mengikat tali pertunangan selama setahun.

Klik untuk gambar besar



www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Ammar Habir


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: