25 July 2019
"JIKA KERAGUAN, BAGINDA BUAT UJIAN DNA" - RIHANA CABAR SULTAN KELANTAN
"Semua kenalan rapat Rihana termasuk ibu bapanya, sedang menunggu permohonan maaf dari baginda. Kalau timbul keraguan, baginda boleh buat ujian DNA. Sekiranya Oksana mendedahan wajah anaknya kepada umum, tiada siapa akan meragui kerana mereka tampak seiras," demikian ujar rakan Rihanna Oksana Gorbatenko, Liliya Nastaeve.
Kata Liliya, Rihana yang kini tinggal bersama anaknya di Moscow itu menuntut permohonan maaf secara terbuka dari Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V mengenai penafian baginda sebagai bapa kepada anaknya dan Rihana mencabar baginda melakukan ujian DNA terhadap bayi berkenaan.
Dalam masa sama, Liliya menegaskan perkahwinan Rihanna dan Sultan Muhammad V masih sah dan menolak dakwaan yang dibuat peguam baginda mengenai penceraian mereka selepas 13 bulan berkahwin. Sementara itu, peguam mewakili Rihana, Evgeny Tarlor yang juga bekas Senator Rusia berkata dakwaan bekas YDPA itu adalah bohong.
Malah beliau mencabar peguam itu membuktikan beliau benar-benar mewakili Sultan Muhammad V. Terdahulu peguam Koh Tien Hua mempersoalkan bukti mengatakan Sultan Muhammad V adalah bapa kandung kepada bayi berkenaan selepas beliau mengesahkan Sultan Muhammad V sah bercerai talak tiga.
Klik untuk gambar besar
www.myartis.com / Sumber & foto: MSN & Instagram Rihana Oksana
________________________
Labels:
Berita sana sini,
Gambar sana sini
No comments:
Post a Comment