25 July 2019

NABILA RAZALI: "TAK MENGAIBKAN, JANGANLAH TERLALU CARI SALAH ORANG"


Menganggap isu pakaiannya yang dianggap kurang sopan oleh netizen baru-baru ini bukanlah satu perkara besar, penyanyi Nabila Razali berkata foto yang dikongsi di akaun Instagramnya itu tidak mengaibkan dirinya kerana berpendapat baju itu tidak kelihatan seksi apabila dikenakan bersama 'inner' berona terang.





"Saya rasa ia bukanlah isu yang besar, tetapi apabila ramai dah bercakap tentang isu tersebut, mereka perlukan penjelasan saya. Bagi saya, saya tak rasa gambar itu mengaibkan diri saya, saya pakai 'inner' berwarna terang di dalam baju jarang itu, jadi ia tidak kelihatan seperti warna kulit.

"Untuk mereka di luar sana, janganlah terlalu mencari kesalahan orang lain, kalau saya rasa gambar itu kurang sopan, sudah tentu saya tidak akan kongsi di media sosial," kata Nabila ketika ditemui majlis pelancaran Festival Perlumbaan Toyota Gazoo.

Klik untuk gambar besar


Dalam pada itu, Nabila menambah, dia akui kesilapannya dan menerima semua teguran netizen dengan hati yang terbuka: "Sebagai seorang manusia, saya akui kesilapan saya ketika itu, saya juga terima semua komen positif dan negatif dari netizen dengan hati yang terbuka agar dapat menjadi lebih baik di masa akan datang".

Pelantun lagu Pematah Hati ini meneruskan tanggungjawab menjayakan kempen Festival Perlumbaan Toyota Gazoo untuk tahun yang kedua: "Untuk tahun kedua ini, saya berasa lebih teruja kerana sudah ada pengalaman dari tahun lalu. Saya tidak sabar untuk berlumba dan 'tunjuk belang' kali ini, kalau dahulu saya agak takut, tetapi kali ini saya akan cuba lakukan yang terbaik dan pandu dengan selamat".


www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Nabila Razali


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: