25 July 2019

SEBAK LIHAT KETUMBUHAN AINUL MARDHIAH - BAPA PADAM GAMBAR LAMA


"Saya dah padam banyak gambar Ainul yang dulu sebab tak nak ingat dan tak mahu ingat. Allah izinkan ketumbuhan itu duduk dalam badan Ainul dan Allah juga mengizinkan ketumbuhan itu dipisahkan dari tubuh badan Ainul. Dulu semasa kami menjaganya, bila tengok ketumbuhan itu, kami rasa biasa sahaja.





"Mungkin sebab sudah terbiasa. Sekarang ini bila tengok gambar dahulunya, rasa macam cepat cepat tutup balik," demikian kata bapa kepada Ainul Mardhiah, Ahmad Safiuddin Ahmad Razak, 24, yang sudah memadam banyak gambar lama puteri sulungnya di laman sosial kerana tidak mahu mengingati penderitaan yang pernah dilalui anaknya dulu.

Menerusi laman sosial Facebook, bapa Ainul akui sedih serta sebak apabila melihat perbandingan Ainul yang dulu dan yang sekarang kerana seperti tidak percaya yang anaknya itu telah mengharunginya selama ini. Bagaimanapun, Ahmad Safiuddin turut mengakui masih menyimpan beberapa keping gambar lama untuk ditunjukkan kepada Ainul satu hari nanti supaya anaknya itu menjadi insan yang lebih baik.

Pada 10 Jun lalu, Ainul yang menghidap 'Germ Cell tumor' selamat menjalani pembedahan membuang ketumbuhan selepas bertarung nyawa selama lima jam di sebuah hospital di United Kingdom. Sejumlah 200 gram ketumbuhan berjaya dikeluarkan daripada mulutnya oleh sekumpulan doktor pakar pelbagai bidang bersama pelatih pakar bedah Malaysia, Dr Nur Amalina Che Bakri.


www.myartis.com / Sumber: Astro Gempak


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: