25 July 2019

FOTO NAZIM OTHMAN MANDI BUIH - NETIZEN PERSOAL SIAPA TANGKAP


Menerusi laman Instagram, pelakon Nazim Othman ada berkongsi beberapa gambar sedang menikmati percutian indah di Maldives. Tidak dinafikan, sesiapa sahaja pasti akan terpegun dengan pemandangan di pulau tersebut.





Gambar yang dikongsikan cukup mempesonakan dengan berlatar belakangkan keindahan pulau yang cukup cantik itu. Namun satu gambar yang dikongsikan oleh pelakon itu sedang santai bermandi buih menjadi perhatian netizen.

Rata-rata netizen mula timbulkan persoalan, siapakah yang mengambil foto tersebut memandangkan Nazim dikatakan bercuti seorang diri sahaja. Bagaimanapun, ada netizen mengatakan fikir yang baik-baik sahaja mungkin pelakon itu menggunakan 'self timer' untuk mengambil gambar tersebut. Apapun, ada benarnya juga kerana teknologi sekarang makin canggih dan tak perlu lagi perlukan orang untuk ambik gambar kita.

Klik untuk gambar besar







www.myartis.com / Sumber & foto: Rotikaya, Beatifulnara & Instagram Nazim Othman


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: