25 July 2019

TAK SERIK KAHWIN LAGI - MAMAT EXIST AKUI BERKAWAN RAMAI WANITA


Bekas vokalis kumpulan Exist, Mamat atau pemilik nama sebenar, Mohd Ali Kamarudin, 42, ketika ditanya soal jodoh selepas 10 tahun menduda itu mengakui dirinya tidak serik berkahwin lagi dan ketika ini dia berkawan dengan ramai wanita.





"Saya tidak serik untuk berkahwin lagi cuma belum temui calon isteri yang sesuai. Saya memang terbuka untuk berkawan dengan ramai wanita tetapi hubungan sekadar kawan dan tidak lebih daripada itu. Buat masa ini, saya selesa dengan kehidupan solo dan fokus pada karier nyanyian," tuturnya.

Ditanya perkembangan karier seni secara solo, kata Mamat, dia sibuk mempromosikan single terbarunya berjudul 'Nur Cahaya' yang dilancarkan pada Januari lalu.

"Lagu ini sudah dirakamkan sejak awal tahun lalu. Selain rangka promosi, saya turut mengadakan showcase untuk mempromosikan lagu baru ini buat peminat di Johor Bahru sebelum ini," katanya.

Sebelum ini, Mamat pernah berkahwin dengan Marshila Mustapa Kamal pada 2001 tetapi bercerai pada 2009. Hasil perkahwinan dengan Marshila, mereka dikurniakan tiga anak iaitu Aleeya Mysara, 17; Mohd Eiki Daniell, 15, dan Dylea Mysara, 13.


www.myartis.com / Sumber: Harian Metro


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: