25 July 2019

16 TAHUN BERBALOI - RAF YAAKOB DAPAT 'SIGN' CRISTIANO DI 'DADA'


"16 tahun lamanya tunggu nak jumpa @cristiano, haritu baru dapat jumpa depan2 mata di @iccsg. Tapi tak dapat bergambar dengan Cristiano 😣. Lepas game Juventus, Raf tunggu dia kat media mixed zone sebab tau dia akan lalu situ nak naik bus balik hotel.





"Bila dia lalu, dia nampak nama dia kat baju Raf yang Raf pakai terbalik (dalam video yang Raf tetibe 'mendada' tu), dia pun sign la nama dia besar2 kat dada Raf dan kemudiannya dia pun berlalu pergi dengan lajunya. ITU SAJA! So close and yet so far 😭," kata pelakon Raf Yaakob yang berkongsi rakaman pendek momen dia dan isterinya bertentang mata dengan pemain bola sepak terkenal dunia, Cristiano Ronaldo.

Impian suami kepada pelakon Mawar Rashid untuk bertentang mata dengan Cristiano Ronaldo tercapai apabila mereka bertemu dalam satu acara baru-baru ini. Menurut Raf atau nama sebenarnya Raden Ahmad Faizal Yaakob, 34, setelah hampir 16 tahun menyimpan hasrat, akhirnya dia dapat bersemuka dengan figura sukan itu semasa perlawanan International Champions Cup di Singapura.

Klik untuk gambar besar


Walaupun keadaan kelam-kabut, pemain kelab Juventus itu sempat menurunkan tandatangan pada jersi yang dipakai Raf. Sementara itu, Raf memberitahu dia masih menyimpan impian untuk bertemu dan bergambar dengan pemain Portugal berusia 34 tahun itu.

Rata-rata pengikut turut teruja dengan perkongsian bapa kepada tiga cahaya mata itu. Malah, ada yang meluahkan rasa cemburu dengan adik kepada penyanyi dan cef selebriti, Datuk Fazley Yaakob itu dan berharap diberikan kesempatan untuk bertemu dengan pemain tampan tersebut.

"Ya Allah bestnya, bila boleh dapat peluang macam abang Raf, harap satu hari nanti impian saya akan jadi kenyataan dapat tengok pun jadilah. Dapat video pun dah kira okey tu bos... sign tang dada tu! Yang termampu tu pun orang lain belum tentu dapat. InsyaAllah next time dapat gambar sekali. Beruntungnya Raf," komen pengikut di IG Raf.






www.myartis.com / Sumber & foto: mStar & Instagram Raf Yaakob


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: