06 July 2019
JULIA FARHANA AKUI BELUM TEMUI PENGGANTI, MAHU FOKUS BERLAKON
Menyatakan dirinya sudah tidak mempunyai sebarang hubungan istimewa dengan aktor Erwin Dawson, pelakon Julia Farhana Marin mengakui masih berkawan baik serta tidak mempunyai masalah jika suatu hari digandingkan bersama dalam lakonan.
"Saya masih berkawan baik dengan Erwin walaupun kini tidak mempunyai sebarang hubungan istimewa. Kalau di masa akan datang kami dituntut untuk bekerjasama dalam satu naskhah saya tiada masalah untuk berlakon bersama dia. Saya pasti dia pun mesti tiada masalah kalau kami digandingkan bersama," katanya.
Tambah Julia, dia belum bersedia untuk bercinta atau menjalinkan hubungan serius dengan mana-mana lelaki: "Saya tidak bersedia lagi untuk bercinta atau mempunyai hubungan serius dengan sesiapa buat masa ini. Sekarang saya memang cukup sibuk dengan kerjaya dan keluarga. Kerjaya saya sekarang semakin berkembang dan kini saya pun dah dapat watak yang idamkan".
Klik untuk gambar besar
www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Julia Farhana
________________________
Labels:
Berita sana sini,
Gambar sana sini
No comments:
Post a Comment