06 July 2019

BILA AAISYAH LEBIH SUKA BARANG KEMAS DARIPADA MAINAN


Kebiasaannya kanak-kanak lebih suka permainan tetapi berbeza pula bagi anak bongsu kepada pasangan selebiti, Rozita Che Wan dan Zain Saidin iaitu Aaisyah Dhia Rana yang lebih suka barang kemas. Menerusi laman Instaram, baru-baru ini Rozita atau lebih mesfa disapa Che Ta itu ada berkongsikan gelagat anak perempuannya ketika dibawa ke kedai mainan. Kata Che Ta lagi, bukan dia yang mengajar anaknya sukakan barang kemas tetapi itu adalah minat anaknya.





"Bawa dia pergi toys r us, tak heqan (hairan) pun nak beli apa. Dia ikut kami p @habibjewelsofficial, dia qeyau (keriau) nak qantai (rantai)… tak boleh keqap-keqap (kerap-kerap) bawak dia p @habibjewelsofficial. By the way, kesukaan budak-budak bukan kita yang mengajaq (mengajar). Dia suka, dia minat, dia mau (mahu) apa yang dia nampak depan mata.

"Kalau dah celik mata nampak mak dia pakai gelang sampai ke siku, subang sampai ke bau (bahu), memang tu (itu) yang dia mau (mahu)! So, please tak payah nak komen macam-macam. Orang lain cara pun lain. Jangan ingat orang lain pun macam kita. Cara masing-masing berbeza. #takdakbendanakkomensimpanjaritu," kongsinya.

Perkongsian Che Ta itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang mengatakan sudah tentu anaknya akan mempunyai minat sama seperti ibunya. Malah ada yang menyokong minat Aaisyah itu kerana emas adalah pelaburan yang bagus untuk masa depan. Apa pun betul kata netizen tak perlulah nak berikan komen kecaman. Setiap kanak-kanak mempunyai minat mereka sendiri dan cara hidup setiap keluarga berbeza-beza.

Klik untuk gambar besar











www.myartis.com / Sumber &n foto: Rotikaya & Instagram Rozita Che Wan


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: