05 July 2019

"MENYESAL KASIHAN DENGAN KAMU, TERNYATA..... SAMAN SAYA JIKA FITNAH" - YUNIKA


"Jujurnya, saya menyesal pernah kasihan dengan anda. Ternyata semua hanya lakonan untuk meraih simpati. Sekarang, cakap depan-depan saya kalau ini fitnah, jangan berani hanya di belakang. Saman saya jika ini memang fitnah (atau) lebih baik awak diam," demikian tulis pelakon Indonesia, Raja Yunika Putri yang mencabar seorang Aliff Aziz supaya mengambil tindakan undang-undang andai berasakan dirinya menjadi mangsa fitnah kes kecurian pada 7 Jun lalu.





Katanya, dia menyesal berasa kasihan terhadap pelakon dan penyanyi terbabit walaupun lelaki berkenaan adalah suspek utama yang mengakibatkan dirinya terpaksa ke balai polis pada awal pagi tanpa sesen pun wang di tangan. Kemarahan Putri yang juga seorang ahli politik diluahkan dengan panjang lebar menerusi surat terbuka kepada artis terbabit di laman Instagram.

Terdahulu, Putri membuat laporan berhubung kehilangan wang miliknya di sebuah restoran Jepun, di Singapura, selepas pertemuan dengan artis terbabit. Beberapa hari selepas itu, artis terbabit dilaporkan ditahan oleh pihak berkuasa di republik berkenaan bagi membantu siasatan.

Klik untuk gambar besar


Sementara itu, menerusi status sama, Putri menganggap bekas suami kepada Bella Astillah itu sengaja mencetuskan provokasi dan membulinya hingga mengakibatkan pengikut mereka bergaduh sesama sendiri: "Jangan hanya berani dengan perempuan. Kamu buat orang bergaduh hanya kerana kamu acah-acah jadi korban.

"Baru saya tahu kamu bukan 'gentleman', hanya berani bersembunyi di balik ketiak mereka yang bersembunyi di sebalik kata-kata. Berapa ramai korban yang kamu kenakan mereka semula? Baru saya sedar, pertama kamu berpura-pura insaf minta tarik balik repot (laporan), dan selepas terfikir masalah selesai, kamu 'makan' semula orang yang tolong.

"Kamu memang jenis (orang) yang tak boleh dibuat baik. Kamu sakiti lagi korban kamu dengan mengeluarkan kenyataan hingga orang saling menghina," katanya lagi yang tetap percaya terhadap keadilan undang-undang selain yakin, kebenaran pasti akan terjawab.


www.myartis.com / Sumber & foto: Berita Harian & mStar


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: