17 July 2019

KETIKA DITEMUBUAL DI MAHKAMAH - NETIZEN DAKWA RADHI OAG 'KACIP'


Semalam penyanyi Radhi OAG dan isterinya, Nur Shahira Ayu telah sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Subang Bestari, Petaling Jaya, selepas bertahan selama lima tahun. Ketika ditemui wartawan di perkarangan mahkamah, Radhi kelihatan tenang ketika disoal. Bagaimanapun, cara bapa kepada dua cahaya mata ini menjawab soalan telah mendapat perhatian netizen.





Rata-rata netizen mengatakan perlakuan Radhi agak pelik seakan sedang khayal. Ada juga yang perasan gerak tubuh Radhi juga berbeza dan agak pelik. Ramai yang meninggalkan komen 'kacip'. Menurut penjelasan salah seorang pengguna Twitter, 'kacip' adalah istilah yang digunakan oleh penagih dadah untuk merujuk seseorang itu khayal dan salah satu kesan sampingan apabila mengambil barang terlarang tersebut.

Tidak dinafikan sebelum ini Radhi sendiri pernah mengakui dia terlibat dengan pengambilan barang terlarang itu sejak remaja lagi. Bagaimanapun, itu tidak bermakna apa yang didakwa netizen itu benar. Ia sekadar penilaian mereka sahaja. Apa-apa pun, kita doakan yang baik-baik sahaja buat Radhi agar dia berubah menjadi insan yang lebih baik.

Klik untuk gambar besar





www.myartis.com / Sumber & foto: Beautifulnara, Forum CARI & Twitter Sinar Harian


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: