03 July 2019

LEPAS KEGUGURAN - AIDIL RANCANG BAWA FASHA BULAN MADU DI SEBUAH PULAU


"Kami memang merancang untuk bercuti lebih lama berbanding sebelum ini. Sejujurnya saya cuma bercuti selama seminggu sahaja untuk bernikah dan majlis resepsi kemudian menyambung penggambaran. Kemudian, kami bercuti di Langkawi selama dua hari sebelum masing-masing kembali bekerja.





"Jadi, belum ada lagi percutian rasmi untuk berbulan madu lagi sejak kami bergelar suami isteri," jelas pelakon Aidil Aziz yang merancang untuk membawa isterinya, pelakon Fasha Sandha berbulan madu di sebuah pulau yang dirahsiakan lokasinya dalam masa terdekat.

Jelas Aidil, bulan madu itu bakal menjadi percutian rasmi selepas mereka mendirikan rumah tangga pada 30 Mac lalu. Sementara itu, tambah Fasha cuti bulan madu itu dipilih mengikut kesesuaian jadual bekerja masing-masing.

Klik untuk gambar besar


"Saya akan menjalani penggambaran telefilem 'Coklat Cip Special' dan masih mempertimbangkan tawaran untuk drama pada bulan Ogos ini. Pilihan untuk berbulan madu ini kami perlu bincang bersama agar tidak bertindih dengan jadual satu sama lain," katanya.

Selepas diijabkabulkan pada Mac lalu, Fasha mengumumkan berbadan dua pada pertengahan Mei lalu. Bagaimanapun, rezeki tidak berpihak pada mereka apabila Fasha disahkan mengalami keguguran pada awal Jun lalu. Mengimbas semula, menerusi perkahwinan pertamanya, Fasha dikurniakan dua anak, Putra Rayfal Ramli, 5 dan Putri Raysha Jemyma, 4.


www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak, Instgaram Fasha Sandha & Aidil Aziz


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: