03 July 2019

DIMARAHI TAK TERUS BERTUDUNG - ZIZI KIRANA ENGGAN HIDUP DALAM KEPALSUAN


Dimarahi netizen apabila tidak lagi terus bertudung selepas Syawal, penyanyi terkenal dengan imej seksi, Zizi Kirana atau nama sebenarnya Nur Fazelah Mad Tahil, 33, berkata, meskipun belum bersedia untuk bertudung, dia sentiasa berusaha membentuk diri menjadi insan yang lebih baik.





"Saya tahu ramai yang marah dan bertanya kenapa tidak terus bertudung selepas Syawal, tetapi saya tidak mahu hidup berpura-pura. Apa yang dilihat di luar dan di media sosial, itu diri saya yang sebenar. Saya tidak perlu hidup dalam kepalsuan hanya kerana mahu meraih perhatian dan pujian.

"Sebelum ini, saya bertudung kerana menghormati bulan Ramadan, selain menyahut cabaran berhijab seperti yang dicetuskan Mizz Nina. Tiada siapa yang memaksa saya melakukannya, sebaliknya saya buat atas kerelaan sendiri. Sama seperti orang lain, saya juga mahu berubah ke arah yang lebih baik dan berharap usaha itu dipermudahkan," katanya.

Klik untuk gambar besar


Beralih mengenai perkembangan kerjaya, Zizi berkata, dia akan terus memperjuangkan irama hip hop yang sudah sebati dalam dirinya sejak menyertai kumpulan The Fabulous Cats: "Selepas bergerak solo pada 2015, saya lihat jenama Zizi Kirana semakin kukuh.

"Malah saya sudah boleh berdiri sendiri tanpa dikaitkan dengan kumpulan lama. Selagi diterima, saya akan setia membawakan lagu hip hop dan rap. Insya-Allah, awal bulan depan, saya akan tampil dengan sebuah lagi lagu baharu".

Dalam perkembangan lain, Zizi bergandingan dengan Ifa Raziah dan Bella Astillah merakamkan lagu tema festival Star Vendors, Starlela ciptaan Hafiz Hamidun: "Saya dan Ifa sudah lama mengenali antara satu sama lain, malah pernah membentuk vokalnya ketika sesi rakaman. Kebetulan kami sama-sama berniaga di festival itu, jadi dia terdetik untuk mengajak saya menyanyi bersama-sama".




www.myartis.com / Sumber & foto: Berita Harian & Instagram Zizi Kirana


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: