03 July 2019

WANITA 'SERAH DIRI', JANJI BAYAR ANSURAN - LISDAWATI & FAUZI KINI BERHATI-HATI


"Alhamdulillah semuanya sudah selesai, wanita tersebut menghubungi saya tapi melalui orang ketiga, katanya kawan dia. Dia sendiri tak ada, tapi kawan dia yang mesej beritahu dia akan membayar duit yang dipinjam secara ansuran bermula dengan RM200.





"Saya pun faham mungkin dia mempunyai masalah peribadi yang menyebabkan dia tidak dapat hubungi saya sendiri," demikian jelas pelakon Lisdawati berhubung wanita yang didakwa melarikan wang berjumlah ribuan ringgit perbuatannya itu yang kini akhirnya tampil 'menyerah diri' selepas perbuantanya yang didedahkan menerusi Lisdawati media sosial pada 21 Jun 2013.

Bagaimanapun Lisdawati atau nama sebenarnya Nisdawati Nazaruddin, 40, berkata wanita yang dikenali sebagai Nurul Ashikin itu menghubunginya melalui orang tengah dan berjanji akan membayar semula wang yang dipinjam secara ansuran.

Klik untuk gambar besar


Dalam pada itu, Lisdawati memberitahu dia dan suaminya yang juga seorang pelakon, Fauzi Nawawi kini akan lebih berhati-hati sekiranya ingin memberikan pinjaman kepada orang lain.

"Niat saya ingin membantu memandangkan wanita itu dalam keadaan yang susah tapi tak sangka boleh jadi sampai begini. Mungkin selepas ini saya dan suami akan lebih berhati-hati... tapi tidak bermaksudsudah serik nak tolong orang. Cuma kita tengok pada situasi orang itu dan macam mana pula keadaan saya ketika itu," ujarnya.


www.myartis.com / Sumber & foto: mStar & Instagram Lisdawati


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: