03 July 2019

"STATUS J NI BUKAN MUDAH" - INTAN TERIMA MESEJ LUCAH, DITUDUH TAK PANDAI JAGA SUAMI


Meskipun bukan seorang selebriti, bekas isteri Ude Wahid iaitu Intan Liana Saleh juga turut menjadi mangsa lelaki miang apabila dia mendedahkan ada menerima mesej lucah di laman Instagram. Menerusi InstaStory, Intan memuatnaik paparan mesej berbaur lucah yang diterima daripada seorang netizen.





Malah, netizen itu juga turut mengkritik dirinya tidak pandai menjaga suami. Berang dengan tuduhan tersebut, Intan kemudian memuatnaik status mengatakan bahawa tiada mana-mana wanita mahukan status janda kerana bukan mudah untuk memegang gelaran tersebut.

"Lelaki nak buat jahat tak kira kita jaga ke kita cantik ke. Nak buat, buat juga. Betul la orang cakap pegang status J ini bukan mudah, orang pandang lain tapi bukan kita yang nak pun," tulisnya yang pernah mendirikan rumah tangga dengan Ude pada Mac 2013 serta dikurniakan dua cahaya mata, sebelum bercerai pada Mac 2018.

Klik untuk gambar besar



www.myartis.com / Sumber: mStar & Rotikaya


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: