16 July 2019

MAWAR KARIM KELUAR RUMAH KETIKA DALAM EDAH - NETIZEN 'BERBALAH'


Kelibat bekas isteri pelakon dan pengacara Fizo Omar, Mawar Abdul Karim keluar di pusat membeli belah bersama anaknya, Wan Maryam serta bersolek cantik itu telah mengundang kritikan apabila beliau keluar dalam tempoh masih edah selepas minggu lalu mengumumkan penceraian.





Menerusi laman Instagram, usahawan tudung Fareeda itu memuatnaik sekeping gambar bermain bersama anaknya di pusat beli belah. Gambar berkenaan merupakan gambar pertama Mawar berada di luar rumah selepas sah bercerai talak satu.

Di ruangan komen, netizen tampil menegur usahawan ini yang tidak mengikut edah dengan keluar dan tampil cantik di khayalak ramai. Dakwa mereka Mawar tidak seharusnya keluar sehingga tempoh tiga bulan serta tidak dibenarkan tampil cantik dengan solekan di depan khalayak ramai.

Klik untuk gambar besar


Bagaimanapun sesetengah mereka pula berpendapat edah bercerai hidup berbeza dengan edah bercerai mati. Menurut mereka, edah bercerai hidup tidak perlu berkabung selama tiga bulan dan terdapat kelonggaran untuk wanita keluar dari rumah atas sebab tertentu seperti mencari rezeki dan urusan kecemasan lain serta boleh bersolek.

Ternyata gambar Mawar itu telah menimbulkan perbalahan dikalangan netizen yang mempunyai berbeza pandangan mengenai edah. Apapun, bab hukum dalam agama adalah lebih untuk merujuk kepada pakar dan ahli agama. Janganlah kita memandai sedap jari menaip komen kerana takut jadi fitnah pula.






www.myartis.com / Sumber & foto: Rotikaya, Beautifulnara & Instagram Mawar Abdul Karim


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: