16 July 2019

MERINGANKAN BEBAN AHLI RABBANI & PAWANA - MUNSYID MALAYSIA WUJUDKAN TABUNG


Bagi membantu seorang anggota Rabbani dan Pawana yang berdepan dengan masalah kesihatan, majlis Usahawan Nasyid Malaysia (Munsyid Malaysia) telah mengambil inisiatif dengan melancarkan tabung sumbangan. Menurut pengerusinya, Muhamad Razin Che Mud tujuan tabung itu dilancarkan adalah untuk membantu meringankan beban ahli Munsyid Malaysia berkenaan.





Anggota kumpulan yang dimaksudkan adalah Nazrul Azhar Tamrin (Rabbani) yang mengalami masalah buah pinggang sejak tiga tahun lalu dan memerlukan rawatan dialisis manakala Fadzil (Pawana) pula diduga dengan masalah kesihatan anak kembarnya.

"Idea ini datang secara spontan apabila melihat rakan kami yang berhadapan dengan dugaan kesihatan. Nazrul mempunyai masalah buah pinggang sejak tiga tahun lalu dan memerlukan rawatan dialisis manakala Fadzil pula diduga dengan masalah kesihatan anak kembarnya.

"Anak kembarnya yang baru dilahirkan mengalami masalah kelemahan fungsi paru-paru dan memerlukan rawatan segera dengan kos sebanyak RM30,000. Sebenarnya ini bukan kali pertama memberikan sumbangan, tahun lepas pun kami ada salurkan sumbangan kepada beberapa rakan yang kurang bernasib baik," katanya.

Dalam pada itu, Razin juga berharap bantuan yang disalurkan ini mampu meringankan beban sahabat-sahabatnya: "Insya-Allah kami akan war-warkan mengenai tabung ini diakaun Facebook rasmi kami. Kami berharap bantuan kewangan menerusi tabung ini sedikit sebanyak dapat membantu meringankan beban merekai".

Terdahulu, Munsyid Malaysia ditubuhkan ada tahun 2012 dan ahli-ahlinya terdiri daripada penyanyi nasyid, penggiat muzik dan juga syarikat rakaman. Munsyid Malaysia juga aktif memberikan info mengenai perkembangan terbaru mereka menerusi Facebook rasmi Munsyid Malaysia Kepada anda yang ingin membantu dengan memberikan sumbangan, sila layari Facebook Munsyid Malaysia.


www.myartis.com / Sumber: Astro Gempak


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: