04 July 2019

"MUATNAIK DAH LAMA & TAK RELEVAN DIPERKATAKAN" - JIHAN 'KUNCI MULUT'


Berhubung kenyataan yang dimuatnaik berkaitan dirinya diberikan sepina bagi membantu menyelesaikan kes penipuan hadiah kemenangan penyanyi Aishah, dalam program realiti Gegar Vaganza musim keempat (GV4), pelawak dan pengacara Jihan Muse menjelaskan pihaknya berasakan tidak perlu memberikan sebarang komen membabitkan perkara tersebut.





Jihan sebelum ini menggunakan bahasa kiasan dan memuatnaik di laman Instagram miliknya, mendakwa dia dan beberapa pihak lagi menjadi mangsa keadaan apabila diberikan sepina bagi membantu kes mahkamah Aishah menerima hadiah barang kemas palsu yang dihadiahkan penaja program realiti GV4, Datuk Seri Vida (DSV).

Jihan dalam kenyataan dimuat naik sebelum ini secara menyindir dengan menyifatkan Aishah dan DSV adalah dua gajah sedang bergaduh dan dirinya ibarat pelanduk menjadi mangsa di tengah-tengah.

Klik untuk gambar besar


Aishah yang menyedari kiasan itu ditujukan kepada dirinya, memberikan kenyataan balas dalam laman Instagram miliknya sekali gus menjelaskan akan kepentingan sepina itu diberikan kepada pengacara dan pelawak wanita terbabit serta turut memetik nama Jihan.

Kata Jihan menerusi syarikat pengurusannya LOL Entertainment, kenyataan yang dimuatnaik olehnya sebelum ini membabitkan isu antara Aishah dan DSV, tidak sepatutnya diperkatakan lagi: "Bukankah kes sudah selesai, jadi saya tidak rasa harus memberikan sebarang kenyataan membabitkan kata-kata yang dimuatnaik di Instagram sebelum ini.

"Lagipun kata-kata yang saya muatnaik ini sudah lama dan ia tidak lagi relevan untuk diperkatakan apabila kes sudah selesai," kata Jihan yang bertegas dia bimbang andai mengeluarkan sebarang kenyataan membabitkan perkara itu akan disalah tafsir sekali gus mengeruhkan lagi keadaan dan hubungannya dengan mana-mana pihak.


www.myartis.com / Sumber & foto: Harian Metro & Instagram Jihan Muse


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: