04 July 2019

"SAYA BUAT (BERHIJAB) KERANA ALLAH BUKAN PAKSAAN ATAU TREND" - FASHA


"Berhijrah, bukan hanya sekadar tutup rambut, sebaiknya cara pemakaian pun berhijrah. Saya akan buat kerana Allah Taala bukan diatas paksaan atau kerana trend atau untuk memenuhi kemahuan followers. Saya pasti akan berhijab. Terima kasih doakan yang baik untuk saya," tulis pelakon Fasha Sandha yang sebelum ini tampil berhijab sepanjang bulan Ramadan lalu.





Dek pernampilan berhijab tersebut, ramai yang gembira dan memuji ]Fasha. Malah ramai pengikutnya berharap agar isteri kepada pelakon Aidil Aziz itu akan kekal istiqamah untuk kekal berhijab. Bagaimanapun, Fasha sudah kembali ke penampilan asalnya selepas sebulan menyambut Aidilfitri mengundang pelbagai reaksi dikalangan pengikutnya.

Namun, Fasha menjelaskan dia pasti akan berhijab suatu hari nanti apabila dia sudah bersedia. Katanya lagi, dia mahu berhijab kerana Allah dan tidak hanya mengikut trend. Kata Fasha lagi, dia tidak mahu berhijab semata-mata memenuhi kehendak orang ramai dan atas paksaan. Dalam pada itu, Fasha turut berterima kasih kepada netizen mendoakan yang baik-baik untuk dirinya.

Klik untuk gambar besar







www.myartis.com / Sumber & foto: Rotikaya, Beutifulnara & Fasha Sandha


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: