04 July 2019

TIADA MAJLIS DEDAH JANTINA - ELFIRA LOY MAHU IA JADI KEJUTAN


Memberitahu dia belum membuat keputusan untuk melahirkan anak pertamanya itu di mana-mana hospital atau pusat perubatan, Elfira Loy yang kini sedang hamil hampir mencecah enam bulan itu mengakui dirinya sudah mula rasa takut memikirkan detik-detik melahirkan anak sulungnya itu dan kalau boleh dia mahu bersalin secara normal.





"Tak ada persediaan memandangkan kandungan saya baru nak masuk enam bulan. Cuma buat masa sekarang, saya ada lakukan check up di klinik swasta. Kalau ditanya di hospital masa untuk bersalin saya tak pilih lagi sebab takut. Kalau lakukan kaedah pembedahan, perasaan tersebut tidaklah rasa takut sangat. Cuma rasa takut terjadi sebabnya saya mahu bersalin cara normal kalau boleh," katanya.

Kongsi Elfira atau nama penuhnya Nurul Elfira Loy Ahmad Sabri lagi, dia dan suami yang bernikah pada 1 Januari lalu itu belum lagi membeli barang keperluan anak dan mahu bersedehana sahaja. Elfira berkata tiada pengumuman jantina akan diadakan dan mahu ianya jadi kejutan:

"Buat masa ini kami belum beli sebarang keperluan anak yang bakal lahir dan tiada majlis pengumuman jantina akan dilakukan. Biarlah ia jadi kejutan," ujar Elfira yang memberitahu dia idamkan untuk menimang cahaya mata perempuan, manakala suaminya, Muhammad Faris Khairol Anuar pula mahukan anak lelaki.

Klik untuk gambar besar



www.myartis.com / Sumber & foto: Media Hiburan & Elfira Loy


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: