04 July 2019

"DAH MENANG BARU CALL, KONON NAK BERI KERJASAMA" - AISHAH SINDIR JIHAN?


"Hidup sebagai anak seni satu kehidupan yang sepi sebenarnya, kerana masing-masing survive sendiri. Tak ramai kawan ingin membantu apabila kita menunggak arus melawan ketidak adilan, yelah jaga periuk nasi lah katakan. Padahal, yang dipanggil pun mengikut cara undang-undang yang sebenar, tak boleh tidak kalau dah di subpoena.





"Tapi ada yang maki hamun ada yang lari hilangkan diri dari di 'serve' dgn subpoena. Siap komen kat IG, kesian rasa tersepit 'antara gajah' katanya. Ini undang-undanglah, untuk melindungi kita semua. Subpoena tak bererti terpalit, ianya satu cara undang-undang untuk memanggil saksi untuk mendapatkan keterangan dalam proses perbicaraan sesuatu kes.

"Perjuangan dibuat untuk anak seni juga tapi seperti dipandang sinis. Semalam mungkin dengar kita dah menang baru call, konon nak beri kerjasama? Hidup penuh lakonan. Pengalaman mengajar, siapa kawan siapa," demikian tulis penyanyi Aishah pada kenyataan terbaru yang dimuatnaik di laman Instagram yang seakan menyindir pengacara, Jihan Muse menimbulkan persoalan ramai, apatah lagi Aishah turut meletakkan 'tag' nama Jihan Muse.

Rata-rata di ruangan komen, netizen mula faham dan mengandaikan kenyataan Aishah berkait rapat dengan status yang pernah dimuatnaik isteri kepada pelakon Ungku Hariz itu sebelum ini. Harapnya perselisihan ini dapat diselesaikan dengan baik. Tidak pasti apa sebenarnya yang berlaku antara mereka berdua ini. Mungkin juga cuma andaian netizen semata-mata. Apa-apa pun, kita tunggu respon Jihan nanti.

Klik untuk gambar besar







www.myartis.com / Sumber & foto: Rotikaya, Beautifulnara, Instagram Aishah & Jihan Muse


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: