04 July 2019

PEMERIKSAAN KESUBURAN: "KAMI SEDIA JIKA SALAH SEORANG KAMI BERMASALAH" - IZZUE ISLAM


"Kami akan pastikan menjalani pemeriksaan pada tahun ini juga. Sudah lama kami rancang, namun tertangguh kerana jadual kerja yang padat. Kami juga sudah mempersiapkan mental sekiranya diberitahu salah seorang daripada kami mempunyai masalah. Saya dan isteri sudah bincang mengenai perkara tersebut, segala ikhtiar juga akan dilakukan untuk mendapatkan cahaya mata memandangkan sudah lima tahun mendirikan rumah tangga.





"Apa yang nak dimalukan, semuanya Allah yang tentukan dan kita sebagai hamba jangan pernah berhenti berusaha," ujar pelakon dan penyanyi Izzue Islam yang merancang untuk menjalani pemeriksaan kesuburan bersama isterinya, Awin Nurin dalam masa terdekat.

Izzue berkata, dia dan isteri juga sudah bersedia menghadapi sebarang kemungkinan selepas pemeriksaan dilakukan. Tambah Izzue lagi, sekiranya perkara tersebut berlaku, ada pelbagai cara dan ikhtiar yang boleh dilakukan dan tidak perlu berasa malu.

Izzue turut memberitahu dia tidak menolak untuk menjalani rawatan persenyawaan in-vitro (IVF) sekiranya dinasihatkan untuk berbuat demikian: "Insya-Allah, selagi ia tidak menyalahi dari segi agama, kami juga mahu menggunakan kemudahan teknologi canggih sedia ada untuk dapat anak".

Klik untuk gambar besar



www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Izzue Islam


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: