04 July 2019
SAKIT KERANA RINDU - FADILAH MAHU PINDAH, TERBAYANG-BAYANG ARWAH SUAMI
"Setahun saya tidak pernah ada penyakit jantung. Tak tahu macam mana... mungkin saya terlampau stress, tiba-tiba sahaja rasa sakit dan pedih di bahagian dada, sesak nafas dan tak boleh bercakap. Mujur ketika itu saya sedang berkumpul bersama anak-anak di rumah.
"Saya terus minta bantuan anak-anak untuk hantar ke hospital," kata dramatis Datin Fadilah Mansor, 59, yang mengakui kesihatannya merosot selepas pemergian suaminya, penyanyi era pop yeh yeh, Allahyarham Datuk A Rahman Hassan pada 13 Jun lalu.
Fadilah berkata, dia terlalu tertekan kerana sering memikirkan tentang Allahyarham sehingga menerima serangan jantung pada Isnin. Fadilah dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) selepas mengadu sakit di bahagian dada dan tidak boleh bercakap.
Klik untuk gambar besar
Bagaimanapun, Fadilah berkata, keadaannya semakin stabil dan perlu menjalani beberapa rawatan susulan bagi mengetahui punca sebenar masalah kesihatannya itu: "Selepas ini saya perlu melakukan beberapa rawatan susulan setiap hari Rabu termasuk indeogram. Kalau ikutkan tekanan nadi saya masih rendah. Tengok esok macam mana. Kalau semakin baik saya dibenarkan pulang".
Dalam pada itu, Fadilah turut memberitahu akan meneruskan hasratnya untuk berpindah keluar dari rumah arwah suaminya. Ketika ditanya lanjut berkaitan keputusannya itu, Fadilah yang mendirikan rumah tangga bersama A Rahman pada 25 Disember 2014 itu menjelaskan dia mahu hidup bersendirian.
"Saya kena keluar dari rumah itu. Saya sudah tidak boleh duduk di sana. Kalau saya masih tinggal di situ, saya tidak boleh buat apa-apa kerana terlalu banyak memikirkan arwah. Saya sering terbayang-bayang arwah turun tangga dan bercakap dengan saya," tuturnya.
www.myartis.com / Sumber: mStar
________________________
Labels:
Berita sana sini,
Gambar sana sini
No comments:
Post a Comment