04 July 2019
BERI PELUANG KEDUA BUAT SUAMI - NADYA SYAHERA AKAN TERUS PERTAHANKAN
"Kami masih suami isteri dan tinggal bersama. Sekarang, kami dalam proses nak menyelesaikan kemelut yang berlaku. Walaupun suami masih berulang-alik antara Kuala Lumpur, Kelantan dan Terengganu atas urusan kerja, tapi kami ambil ruang untuk selesaikan.
"Kalau ada salah, saya cuba perbaiki diri. Macam suami pun, dia semakin faham apa yang dibuat itu adalah salah dan tidak sepatutnya. Pendek kata, dia tahu kesalahan yang dibuat. Disebabkan itu, saya memberinya peluang kedua untuk dia membetulkan keadaan. Harap dia hargai peluang ini.
"Jika sebaliknya, tak tahu nak cakap apa lagi," demikian kata pelakon Nadya Syahera, 26, yang mengakui masih tinggal sebumbung dengan suaminya, Fizul Nawi meskipun rumah tangga bergolak selepas dia mendedahkan kecurangan suaminya.
Nadya atau nama sebenarnya Nadya Syahera Rosli berkata, dia dan suami yang juga ahli perniagaan dalam proses membaik pulih hubungan mereka. Nadya yang popular menerusi watak Bella dalam drama 'Dia Semanis Honey' berkata, dia seboleh-bolehnya akan terus mempertahankan rumah tangga yang dibina sejak 2015.
Klik untuk gambar besar
"Kalau boleh tidak mahu bercerai. Siapa yang inginkan perceraian. Malah, saya akan cuba sehabis baik untuk pertahankan perkahwinan ini. Namun, jika usaha ini gagal dan tidak menemui jalan penyelesaian, saya reda. Dalam masa sama, kedua belah keluarga sentiasa memberikan nasihat. Mereka mahu kami selesaikan cara baik. Paling penting kata mereka adalah komunikasi," ujarnya.
Terdahulu Nadya mendedahkan kecurangan suami dengan seorang wanita yang juga anak kepada pengasas produk di Kelantan selepas mendapat bukti bergambar. Menerusi perkongsian itu, Nadya mendakwa mula menghidu kecurangan suami kira-kira seminggu sebelum sambutan Aidilfiti lalu.
Nadya berkata, suaminya tidak pulang ke rumah hampir sebulan pada ketika itu. Nadya dan suami berkahwin pada 25 September 2015, ini adalah perkahwinan kedua buat Fizul selepas gagal mempertahankan rumah tangga pertamanya. Hasil perkongsian hidup selama empat tahun, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Aleena Rose, 2, dan Mohamad Dayyan, 1.
www.myartis.com / Sumber & foto: Harian Metro & Instagram Nadya Syahera
________________________
Labels:
Berita sana sini,
Gambar sana sini
No comments:
Post a Comment