04 July 2019

"SAYA TIADA APA-APA KENYATAAN & TINDAKAN" - DSV ENGGAN ULAS ISU BERLIAN


Mengenai kes hadiah berlian palsu yang diberikan kepada juara Gegar Vaganza musim ke-4 (GV4) juga penyanyi, Aishah, usahawan kosmetik Datuk Seri Vida (DSV), 47, menerusi Instagram (IG) Live berkata, dia enggan mengulas dan lebih memilih untuk tidak mengeluarkan sebarang komen buat masa sekarang meskipun pihak Aishah sendiri sudah mengadakan sidang media, semalam.





"Saya tiada apa-apa kenyataan dan tindakan. Ada juga wartawan cuba menghubungi saya," kata DSV atau nama sebenarnya Datuk Seri Hasmiza Othman yang bertindak untuk berdiam dan tidak membalas walaupun cuba dihubungi wartawan.

Terdahulu, Aishah pada sidang media itu menuntut Vida menggantikan berlian asli berharga RM80,000 pada atau sebelum 17 Julai ini selain diminta membuat permohonan maaf secara terbuka. Penyanyi lagu 'Janji Manismu' terbabit mendedahkan itu antara butiran penghakiman persetujuan yang dibuat dalam proses mediasi pada 1 Julai lalu rentetan kemelut dakwaan hadiah berlian palsu diterimanya.

Klik untuk gambar besar


Aishah diberi hak sepenuhnya memilih barangan berlian asli berjumlah RM80,000 di sebuah kedai emas di Bangsar. Pemilihan barangan kemas itu sudah pun dibuat selepas proses mediasi lalu dan Vida perlu membayarnya paling lewat 17 Julai ini. Pihaknya juga mahu beliau membuat permohonan maaf secara terbuka dengan mengadakan sidang media khas pada atau sebelum tarikh itu. Permohonan maaf spesifik perlu dinyatakan sewaktu sidang media itu.

Selain itu, beliau juga perlu membayar kos sebanyak RM7,500 ke akaun peguam cara Aishah pada atau sebelum 7 Julai ini. Terdahulu, Aishah mendedahkan satu kenyataan laporan penyelidikan rasmi berhubung rantai berkenaan yang didakwa tidak bernilai dan bukan berlian asli diterimanya selepas menjuarai program GV4 pada 2017.


www.myartis.com / Sumber & foto: Harian Metro & Instagram Datuk Seri Vida & Aishah


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: