26 July 2019

NABIL MAHU BINA RUMAH BERDEKATAN KUBUR, MEMUDAHKANNYA BERAMAL


"Saya tergerak hati membina kediaman di sana apabila menerima pelawaan untuk memberikan sumbangan dan bantuan bagi memperbaiki masjid di kawasan kampung. Rumah berkenaan juga sebagai hadiah kami adik-beradik buat ibu bapa.





"Alhamdulillah. Mereka masih ingatkan saya dan ia dianggap seperti penghargaan buat anak kampung seperti saya. Dahulu, rumah mak saya juga berhampiran masjid dan berdekatan dengan kubur. Insya-Allah, apabila sudah bersara nanti, ada juga rumah untuk berehat, jauh daripada hiruk-pikuk kota.

"Teringin juga nak menyumbangkan kudrat dengan membantu penggali kubur dan sebagainya pada masa hadapan," kata pelawak dan pengacara Nabil Ahmad yang akan menyediakan kediaman bersebelahan tanah perkuburan untuk memudahkannya melakukan kebajikan dan amal jariah andai berlaku kematian di kawasan berhampiran.

Klik untuk gambar besar


Memilih lokasi di sekitar Negeri Sembilan, rumah terbabit dibina oleh Nabil bersama adik-beradiknya bagi memenuhi impian ibu bapa mereka. Sementara itu, mengakui kesilapan diri, Nabil sekali lagi memohon maaf atas keterlanjurannya mencampakkan tanjak ketika menjayakan sebuah program televisyen, baru-baru ini.

"Seperti dikatakan sebelum ini, bukan niat saya memperlekehkan bangsa dan adat Melayu, terutama tanjak yang dipakai. Selepas tamat program itu, saya fikir semula, tindakan itu tidak wajar. Maklumlah, apabila naik pentas, mulalah 'naik sheikh'.

"Saya mudah melakukan kesilapan dan cepat menyedarinya. Kalau dilihat, saya tidak pernah mengulangi kesilapan sama. Sebagai manusia, kita tidak terlepas daripada melakukan kesalahan dan saya banyak belajar daripada pengalaman lalu," tutur Nabil.


www.myartis.com / Sumber & foto: Berita Harian & Instagram @nabilzira


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: