26 July 2019
"NIAT NAK PERGI UMRAH TAPI TAK SEMPURNA SOLAT" - MICHAEL ANG
Pengarah popular, Michael Ang yang sudah lebih setahun memeluk agama Islam itu kini berhasrat untuk menjejakkan kaki ke Tanah Suci. Perkara itu dikongsikan Michael menerusi Youtube Official Ria X : Chit-Chat With Michael Ang bersama PU Azman.
"Saya memang ada niat nak pergi Mekah. Tapi cuma 80 peratus, lagi 20 peratus saya akui saya tak sempurna dalam bab solat. Saya akui solat pun masih belajar lagi sebab kadang-kadang pakai earphone dan ada sejadah yang menggunakan speaker. Saya nak pergi sangat sebab nak tengok Kaabah depan mata," kongsi Michael.
Lantas, PU Azman atau mesra disapa Cik Man memberikan respon positif terhadap kata-kata Michael: "Dalam hidup ini pasti ada masalah dan itu adalah perkara normal. Setiap masalah pasti ada penyelesaian. Sebenarnya sebelum nak ke Mekah, awak (Michael) patut timbulkan isu sembahyang di Malaysia.
Klik untuk gambar besar
"Kalau kita tengok, perbuatan menunaikan haji di Mekah lebih kepada praktikal dan perbuatan seperti tawaf, safa dan marwah. Tapi yang kena baca adalah sembahyang di Malaysia. Sembahyang ini apa pun yang terjadi, kita kena buat.
Kalau sakit, buat solat duduk, kalau tak boleh juga, buat cara baring. Itu yang menunjukkan Islam itu indah kerana Allah nak fokus kepada hambaNya wajib solat walau apa pun terjadi," terang Cik Man.
www.myartis.com / Sumber & foto: Media Hiburan & Instagram Michael Ang
________________________
Labels:
Berita sana sini,
Gambar sana sini
No comments:
Post a Comment