26 July 2019

"SAYANG... TERIMA KASIH MENCINTAI KEKURANGAN & KELEBIHAN KU" - FASHA


Menerusi sebuah entri di laman Instagram, pelakon Fasha Sandha telah memuatnaik foto bersama suaminya yang juga pelakon, Aidil Aziz berserta ucapan ulang tahun kelahiran. Melihat pada kapsyen yang ditulis, Fasha mengakui bersyukur apabila dikurniakan seorang suami yang boleh menerima kekurangan dan kelebihan yang ada pada dirinya.





"26 Julai. Happy Birthday Encik Suami Sayang. Semoga diberikan kesihatan yang baik, bahagia dan dimurahkan rezeki selalu. Terima kasih kerana mencintai kekurangan dan kelebihan ku. I love you," tulis Fasha yang selamat bergelar isteri kepada Aidil dengan sekali lafaz pada 30 Mac 2019 di kampung halaman aktres terbabit di Perlis dan ini merupakan perkahwinan pertama untuk Aidil dan kedua untuk Fasha.

Manakala di ruangan komen pula, rata-rata peminat turut menyampaikan ucapan ulang tahun kelahiran Aidil serta mendoakan kebahagiaan Fasha dan suaminya: "@zarinazainuddin_: Happy birthday Aidil, semoga Aidil dan girl sekeluarga sentiasa dalam rahmat Allah selalu, Amin."

Klik untuk gambar besar


"@aislingrecruits: Happy Birthday to your husband and we wish for your family happiness and good health." - "@asmahmorshidi_arfian: Alhamdulillah. Semoga bahagia till Jannah. Terpancar kebahagian Fasha Sandha dan famili. I'm happy for you."

"@maryk_miraaa: Semoga keluarga kakak diberi kesihatan yang baik serta kebahagiaan dunia & akhirat." - "@mamyforver: Happy Birthday to @itsaidilaziz. Semoga panjang umur dimurahkan rezeki berbahagia sentiasa bersama family tersayang. Semoga berkekalan bersama @fashasandha hingga ke akhir hayat."

Sebelum ini, Fasha pernah berkahwin dengan Rizal Ashram Ramli pada 27 April 2012 dan bercerai pada 20 Januari 2016. Hasil perkahwinan, mereka mempunyai dua orang anak, Putra Rayfal Ramli, 5 dan Putri Raysha Jemaima, 4.








www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Fasha Sandha


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: