26 July 2019

CHE TA: "PEREMPUAN MULA-MULA PUJI LAKI ORANG... LEPAS TU DIA NGAP"


"Suamiku mungkin tidak sempurna, tapi dia sangat sempurna di mataku. Cewahhhhh.. Tak salah puji laki sendiqi, jangan dok puji laki org sudah.. kdg org pompuan ni, mula2 dia puji laki org tu, paih tu dia ngap kt dia 🙄😂," demikian tulis pelakon dan usahawan, Rozita Che Wan atau mesra disapa Che Ta menerusi laman Instagramnya.





Baru-baru ini, Che Ta ada berkongsikan fotonya bersama suaminya, Zain Saidin berserta ucapan romantis memuji betapa sempurna suaminya itu di matanya. Menurut Che Ta, tiada salahnya memuji suami sendiri asalkan tidak memuji suami orang lain.

Melihat pada perkongsiannya itu, Che Ta turut menyindir kebanyakan perangai wanita zaman sekarang yang memuji suami orang kemudian menjadi perampas. Diruangan komen, rata-rata netizen mendoakan kebahagiaan Che Ta dan Zain kekal hingga ke akhir hayat.

Mahligai rumah tangga yang dibina sudah masuk tahun ke enam, ramai yang menjadikan pasangan selebriti ini sebagai relationship goals. Apapun, memang beruntung Zain dapat isteri macam Che Ta, bukan saja cantik tapi seorang yang romantik.

Klik untuk gambar besar





www.myartis.com / Sumber & foto: Rotikaya & Instagram Rozita Che Wan


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: