26 July 2019

STATUS HUBUNGAN DENGAN SYED ABDULLAH & NOKI - INI PENJELASAN EMMA


Ketika diminta mengulas status terkini hubungannya dengan abang Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq iaitu Syed Abdullah, pelakon Emma Maembong menjelaskan yang mereka masih berhubung walaupun tidak serapat dahulu.





"Sejak bila bercinta? Kami berkawan je... Saya sentiasa berhubung dengan semua orang, sebab tak salah pun kita berkawan ramai. Tak ada seorang pun saya bermusuh sebab bagi saya industri ini kecil sahaja, hujung-hujung akan berjumpa balik.

"Lagipun, normallah sebelum berkahwin dan bertemu individu yang tepat, tak salah untuk kita kenal-kenal. Kalau tak ada jodoh, mungkin dengan orang lain pula. Takkan nak tangkap muat dengan siapa-siapa saja," ujarnya.

Klik untuk gambar besar


Sementara itu, Emma menjelaskan tiada hubungan istimewa dengan anggota kumpulan K-Clique, Noki: "Dia adik kepada kawan baik saya Lala dan kami sudah kenal sejak tujuh tahun lalu. Mungkin orang mula berkata-kata kerana dia sudah semakin popular sekarang. Saya tiada apa-apa hubungan istimewa pun dengan dia. Setakat ini saya masih solo, selagi belum berkahwin," tegas Emma.

Sebelum ini, kontroversi Emma dan Syed Abdullah mula tercetus apabila mereka sekeping foto mirip mereka berdua-duaan dalam sebuah bilik tidur tersebar. Serentak dengan kontroversi terbabit, Emma memutuskan untuk kembali membuka tudung.








www.myartis.com / Sumber: Astro Gempak & Instagram Emma Maembong


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: