26 July 2019

VIDEO DUDUK SEBELAH HANS: "PERTEMUAN SANTAI, TIADA YANG SERIUS" - NEELOFA


"Rasanya ramai yang pernah nampak sebelum ini, sama ada di rumah atau di mana-mana lokasi yang saya turut menjemput Hans datang. Ada ketikanya ia majlis keluarga misalnya sambutan hari jadi dan sebagainya.





"Jadi selepas lapan ke sembilan tahun, dia kini bukan sahaja sudah jadi kawan kepada saya, tetapi juga ahli keluarga lainnya, termasuk sepupu. Bahkan ada sesetengah keraian, bukan saya pun yang jemput, kakak saya yang jemput misalnya," kata pelakon, pengacara dan usahawan Noor Neelofa yang menjelaskan kehadiran Datuk Hans Isaac ke majlis ahli keluarganya bukanlah yang pertama kali.

Neelofa berkata demikian selepas beberapa akaun di Instagram yang mulai memuatnaik beberapa momen sambutan hari jadi salah seorang sepupunya, Qalisha Ray di sebuah restoran yang turut merakamkan kehadiran pelakon dan pengerusi FINAS itu pertengahan Julai lalu, ada netizen yang tidak lekang bercerita mengenainya.

Malah, pengacara program 'MeleTop' itu juga tidak menafikan ada peminat yang sedia tahu mengenai perkara tersebut: "Malam itu (sambutan hari jadi Qalisya), ia secara kebetulan dan bukan dirancang pun. Kami bertemu di sebuah restoran. Dia hadir dan sepupu saya pun datang, termasuk rakan dan ahli keluarga lain.

Klik untuk gambar besar


"Ia pertemuan santai, tiada apa pun yang serius sebab masing-masing sudah mengenali. Hans juga turut kenali pakcik dan sepupu saya. Kadang-kadang mereka berjumpa tanpa saya pun. Dah boleh masuk geng," tambah Neelofa.

Ditanya mengenai dirinya yang dirakam duduk bersebelahan dengan bintang 'Cuci' itu, Neelofa turut mendedahkan situasi sebenar: "Cuma selalunya dia tak akan duduk sebelah saya, lazimnya dia akan duduk tempat lain. Bila saya sampai, kami berempat yang sampai dulu dan kami duduklah berdekatan. Jadi ia bukan dirancang.

"Malah masa sambutan hari jadi ibu saya sebelum ini pun, Nabila yang jemput, bukan saya. Malah kalau dia datang sekali pun, dia tidaklah lepak dengan saya. Dia akan banyak luang masa dengan ahli keluarga yang lain," akhiri Neelofa memberikan penjelasan.





www.myartis.com / Sumber, foto & video: Media Hiburan & Instagram @lofa.world


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: