27 July 2019

VIRUS, SAKIT KANSER - KUCING ARDELL ARYANA MATI DEMAM PANAS


"Ibu kucing kepada tujuh ekor anak kucing saya dah mati selepas dua hari masuk wad hospital haiwan. Doktor bagitahu Comel tiga hari lepas masih okay macam biasa cuma banyak diam. Comel kena virus sakit kanser yang tiba-tiba menyerang dalamannya sampai tak boleh makan dan kurus nampak tulang.





"Patut satu hari semalam anak-anak Comel semua menangis. Masa nak hantar Comel ke wad dia sempat toleh anak-anak dia. Dia letak tangan dia dekat aku sebelum aku angkat dia letak dalam sankar kucing untuk dihantar ke klinik permulaannya sebelum di transfer masuk ke wad hospital haiwan.

"Comel, penderitaan Comel dah berakhir. Terima kasih dah cuba berjuang. Tenang lah Comel disyurga tempat yang selayaknya buat Comel. Tariklah kami sekeluarga nanti ditempat Comel bermain. Teringat waktu mula-mula jumpa Comel waktu baby sebagai kucing jalanan.

Klik untuk gambar besar


"Awak sangat comel sebab tu nama awak Comel kami sekeluarga panggil. Kini kami rasa kehilangan," demikian kongsi pelakon Ardell Aryana yang meluahkan rasa sedih atas kehilangan kucing kesayangannya yang diberi nama Comel itu akibat demam panas.

Ardell berkongsi berita sedih itu menerusi kemas kini terbaru diakaun Instagramnya. Menurut Ardell, kucing betina itu telah mati pada Khamis. Jelas Ardell lagi, kucingnya itu terkena jangkitan virus selain serangan kanser secara tiba-tiba. Ardell sebelum ini telah berkongsi video pendek yang merakamkan gelagat comel anak-anak Comel yang merindui ibunya.

Dalam pada itu, menerusi ruangan komen raya-rata pengikutnya sebak membaca bingkisan Ardell itu selain mengucapkan takziah kepadanya: "Sama kucing saya pun mati sebab virus ni, yang paling manja pulak tu. Rindu...l" tulis @natasya_rose - Yang bela kucing akan tahu betapa sedihnya bila dia pegi buat selama-lamanya," kongsi @mmuhdsyafiq4




www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Ardell Aryana


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: