12 July 2019

NAFI JADI PUNCA REDZA & AYDA PUTUS - OKTOVIA MANROSE AKUI RAPAT


"Tidak wujud dakwaan mengatakan saya sebagai orang ketiga, apatah lagi menjadi punca yang menyebabkan hubungan Redza dan Ayda renggang. Lebih baik perkara itu ditanyakan sendiri kepada tuan punya badan. Jangan terus buat kesimpulan hanya kerana saya dan Redza rapat disebabkan kami pernah berlakon bersama," jelas pelakon Oktovia Manrose.





Bingung apabila dikaitkan sebagai punca hubungan cinta aktor Redza Rosli dengan penyanyi dan aktres Ayda Jebat tidak kesampaian, Oktovia berkata, orang ramai tidak sepatutnya terus membuat andaian tanpa terlebih dulu mendapatkan penjelasan sebenar kerana tidak semua yang sampai ke pendengaran mereka sahih.

Kakak kepada pelakon Aprena Manrose itu berkata, dia dan Redza mula rapat ketika sama-sama membintangi drama 'Hero' terbitan NS Star Studio, milik Darling Ngasri yang disiarkan menerusi TV2: "Kami akrab atas dasar kerja dan tiada sebarang hubungan istimewa. Saya juga tidak tahu dengan siapa saya akan bertemu jodoh. Perkara itu di luar bidang kuasa sayaz'.

Klik untuk gambar besar


Ibu tunggal anak satu itu sebelum ini, pernah mencetuskan kontroversi apabila dikatakan menjalin hubungan dengan bekas suami Bella Astillah, penyanyi dan pelakon Aliff Aziz. Anak kepada pasangan penyanyi Iwan dan Allahyarham Rosnah Mohd Noor itu bersyukur, kontroversi yang melanda tidak memudarkan kepercayaan penerbit untuk terus memberinya peluang.

"Kontroversi yang melanda dulu membuatkan saya lebih berhati-hati. Saya tersalah langkah hingga pernah memberikan pelbagai kenyataan mengarut. Perkara itu sudah berakhir, tidak perlu dibangkitkan lagi. Saya hanya mahu pandang ke depan ketika rezeki dalam bidang lakonan semakin murah," katanya.




www.myartis.com / Sumber & foto: Berita Harian & Instagram Oktovia Manrose


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: