12 July 2019

AKUI BUKAN LAGI PENGURUS - AALAN SEDIA JIKA ZAMANI AMBIL TINDAKAN


Mengakui dia tidak lagi menguruskan kerjaya penyanyi Zamani dan terdapat beberapa konflik antara dia dan vokalis kumpulan Slam itu, pengurus artis, Aalan Ahmad bagaimanapun enggan mengulas lanjut perkara berkenaan.





"Saya tidak dapat jelaskan situasi pengurusan Zamani buat masa sekarang, isu pemilikan akaun rasmi Instagram Zamani juga hanya akan dijelaskan apbila tiba waktu yang sesuai kelak. Kami sedaya upaya cuba menyelesaikan isu ini tanpa membabitkan kes mahkamah dan campur tangan pihak berkuasa," kata Aalan.

Terdahulu, desas-desus pergolakan pengurusan penyanyi lagu 'Syair Si Pari-Pari' ini timbul apabila Aalan tidak menjayakan beberapa promosi single baharu Zamani. Selain itu, Zamani menerusi sebuah program hiburan mendakwa Aalan tidak menyerahkan semula akaun Instagram rasmi milik penyanyi itu biarpun bukan lagi pengurusnya.

Klik untuk gambar besar


Dalam pada itu, Aalan berkata, dia bersedia menerima sebarang tindakan undang-undang yang bakal diambil oleh penyanyi itu: "Saya juga maklum tentang kenyataan yang dibuat Zamani dalam sebuah program hiburan minggu lalu, namun terpulang kepada dia (Zamani) jika benar-benar mahu mengambil tindakan seperti yang didakwa. Saya tiada masalah dan sedia menghadapi apa sahaja tindakan lanjut," tambahnya.

Pada November 2018, pengurusan kerjaya Zamani menjadi kontroversi apabila pembabitannya dalam program Gegar Vaganza musim ke-5 (GV5) dipersoalkan oleh bekas pengurusnya iaitu Johan Aziz. Bagaimanapun, Zamani membuat keputusan untuk menyerahkan tanggungjawab itu kepada Aalan terutama dalam menguruskan perjalanan sepanjang program realiti berlangsung.






www.myartis.com / Sumber & foto: mStar, Instagram Aalan Ahmad & Zamani


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: