18 July 2019

NAFI NIKAH 20 FEBRUARI 2020, HANYA GURAUAN - REMY ISHAK AKUI TERTEKAN


Tidak menyangka gurauan mengenai sudah memilih tarikh 20 Februari tahun hadapan untuk melangsungkan perkahwinan namun belum ada calon isteri itu dipandang serius, pelakon Remy Ishak mengakui tertekan apabila ramai pihak bertanyakan mengenai perkara berkenaan termasuk keluarganya kerana dikatakan tidak berbincang dengan mereka terlebih dahulu.





"Saya tidak menyangka pula mereka sebenarnya serius dan menyiarkan berita mengenai tarikh perkahwinan terbabit. Kecohlah juga apabila berita ini disiarkan. Ahli keluarga saya semua sudah bertanya dan mempersoalkan mengapa perkara ini tidak dibincangkan dengan mereka terlebih dulu serta siapakah calon yang bakal saya nikahi," katanya.

Membetulkan semula kenyataannya, Remy berkata sudah tentu dia memikirkan soal untuk berumah tangga dalam usianya sekarang. Namun tiada perancangan untuk berkahwin dalam masa terdekat: "Saya percaya kepada jodoh yang sudah ditentukan, cuma sebagai bakal suami dan ketua keluarga banyak perkara harus difikirkan sebelum keputusan dibuat.

Klik untuk gambar besar


"Tambahan pula usia saya sekarang sudah mencecah 37 tahun. Selepas ini apabila usia bertambah saya sudah tidak sesuai lagi memegang watak anak muda remaja. Mungkin pada masa akan datang yang sesuai untuk saya adalah watak bapa," ujarnya.

Menurutnya, sebagai pelakon dia sedar watak yang sesuai mengikut peningkatan usianya juga sudah tidak banyak. Justeru katanya, sudah tiba masanya dia memikirkan sesuatu sebelum membuat keputusan untuk bernikah: "Apabila sudah bernikah dan berkeluarga nanti, sudah tentu saya perlu menyediakan segala keperluan diperlukan oleh keluarga.

"Lebih-lebih lagi untuk membesarkan anak, terutama membabitkan pendidikan mereka," tuturnya yang turut memberitahu sebagai persediaan bagi menghadapi masa depan, dia kini berjinak dalam bidang perniagaan membabitkan pertanian dan penternakan.


www.myartis.com / Sumber & foto: Harian Metro & Instagram Remy Ishak


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: