18 July 2019
ANAK KEDUA DAH KELUAR ICU - HUNNY MADU BERSYUKUR, HARAP CEPAT PULIH
"Perkembangan terkini, Adam sudah pun keluar dari ICU. Syukur, syukur Alhamdulilah. Dia kini dipindahkan ke HDU dan saya berharap dia dapat pulih dan sembuh secepat mungkin. Saya tak suka melihat semua wayar yang ada pada Adam Musa tapi saya tahu dia seorang yang kuat," kata penyanyi dan pengacara Hunny Madu yang bersyukur apabila anaknya, Adam Musa, 2, sudah dipindah keluar dari Unit Rawatan Rapi (ICU) di Institut Jantung Negara (IJN).
Adam kini ditempatkan di Unit Dependensi Tinggi (HDU) semalam selepas selamat menjalani pembedahan jantung ‘Glen Shunt Operation’ pada 15 Julai lalu. Hunny berkongsi berita tersebut di akaun Instagram miliknya. Menerusi entri tersebut dia memuatnaik fotonya bersama anaknya yang semakin ceria.
Sementara itu, Hunny turut menggalakan serta memohon orang ramai untuk menderma di tabung IJN kerana menurutnya, ramai yang memerlukan dana untuk pembedahan dan rawatan jantung. Entri tersebut mendapat perhatian peminat dan rakannya yang rata-rata turut gembira dengan perkembagan Adam.
Malah Hunny turut dihujani doa agar segala urusannya dipermudahkan serta anaknya segera sembuh. Adam, anak bongsu dari dua beradik yang dilahirkan pada Disember 2017 mempunyai masalah jantung Double Inlet Left Ventricle sejak bayi.
Klik untuk gambar besar
www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Hunny Madu
________________________
Labels:
Berita sana sini,
Gambar sana sini
No comments:
Post a Comment