07 July 2019

"NAK PUKUL MASUK PENJARA" - BILA SHIERA 'NAIK HANTU' ANAK PECAH PINGGAN


Menerusi laman Instagram, selebriti popular, Sharifah Shahirah atau mesra disapa Shiera telah berkongsi video dimana dirinya 'naik hantu' apabila anaknya, Allisya Tahir memecahkan beberapa pinggan di dapur. Video itu memaparkan Allisya yang sedang berada di dapur dan mendengar ibunya berleter.





"Kau dah pecahkan, aku nak masuk Instagram, kau nak ikat-ikat rambut, kau dah pecahkan semua pinggan aku. Aku nak masuk Instagram, kau ikat rambut kau ingat kau lawa? Macam-macam lah kau ni, aku tak tau nak marah apa lagi dah," kata Shiera dalam video tersebut yang kedengaran seperti memarahi anaknya, ia tidak keterlaluan dan masih dalam unsur jenaka.

Sementara itu, Shiera menulis kapsyen berbunyi: "Geram tahap maxima... nak pukul anak masuk penjara... kata mak garang. Marah dah tak lut. Haaaa ambik ..pecahkan pinggan... angkat pinggan pun vongokkk. Tak suruh nanti tak reti.. bila suruh ni jadinya," tulisnya pada video tersebut yang rata-rata pengikut Shiera terhibur melihat gelagat mereka dalam video itu.

Allisya merupakan anak hasil perkahwinan terdahulu Shiera bersama vokalis kumpulan Black Dog Bone, Jatt. Kini Shiera berkahwin dengan pelakon Ijoy dan mereka dikurniakan empat orang anak iaitu Airell , 15, Airra, 12, Audra, 10, dan Adeena, 2.

Klik untuk gambar besar






www.myartis.com / Sumber, foto & video: Astro Gempak & Instagram Sharifah Shahirah


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: