07 July 2019

NUR KE LAYAR PERAK - RELEVANKAH USTAZ MAHADI DIHIDUPKAN KEMBALI?


"Tentunya kami berdepan dilema, saat ini, memikirkan cara untuk menghidupkan semula watak Ustaz Hamadi yang mati dalam Nur 2.

“Selain Amyra dan Azhan Rani, kami juga akan mengekalkan barisan pelakon asal seperti Syafiq Kyle, Noorkhiriah dan Azar Azmi,” jelas pengarah dan penerbit, Shahrulezad Mohameddin, yang mengesahkan drama popular, Nur, bakal difilemkan.



"Selepas sekian lama mengarahkan drama untuk siaran televisyen, saya kini bersedia menyahut cabaran menduduki kerusi sutradara filem pula.



"Saya berasakan, inilah masa yang tepat untuk saya berbuat demikian, apatah lagi minat orang ramai terhadap drama yang menemui penonton TV3 selama dua tahun berturut-turut itu masih kuat,” tambahnya dipetik sebagai berkata di mana ia akan diterbitkan oleh syarikat produksi miliknya, Radius One Sdn Bhd dengan kerjasama Primeworks Studios.

Untuk makluman, filem Nur dijangka menjalani penggambaran Mac 2020



         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: