06 July 2019

"SAYA MEMOHON MAAF SECARA TERBUKA KEPADA AISHAH" - DSV


Dalam satu sidang akhbar khas sebentar tadi di kediamannya di Ipoh, Perak, jutawan kosmetik, Datuk Seri Vida (DSV) telah tampil memohon maaf kepada penyanyi Aishah. Datuk Vida membacakan permohonan maaf secara terbuka seperti yang termaktub dalam keputusan bersama ketika sesi mediasi yang berlangsung di Mahkamah Sesyen Sivil 11 Kuala Lumpur 1 Julai lalu.





"Saya Datuk Seri Vida memohon maaf secara terbuka kepada Wan Aishah Wan Arifin melalui representasi salah terhadap hadiah barang kemas tambahan Gegar Vaganza 4," kata Datuk Vida atau nama sebenarnya Hasmiza Othman, 46, dalam permohonan maaf itu.

Sebelum ini Aishah telah mengadakan sidang akhbar memaklumkan bahawa Vida akan membayar harga barang kemas yang dipilihnya berjumlah RM80,000 dan melakukan permohonan maaf secara terbuka terhadap dirinya sebelum atau pada 17 Julai ini. Kes ini susulan kemengangan Aishah dalam program realiti Gegar Vaganza 4 yang mendakwa Vida memberi hadiah kemenangan tempat pertamanya seutas gelang palsu dan kes ini telah berlarutan selama setahun.

Klik untuk gambar besar



www.myartis.com / Sumber & foto: Kosmo, Instagram Datuk Seri Vida & Aishah


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: