06 July 2019

ANDAI NIKAH SEBELUM UMRAH - ZAMANI MAHU BAWA BAKAL ISTERI BERSAMA


"Insya-Allah, jika tiada aral melintang, saya akan menunaikan umrah pada November depan. Pemergian ke Tanah Suci nanti akan disertai anggota keluarga yang lain. Jika diizinkan, saya juga mahu bakal isteri dapat bersama. Bagaimanapun, setakat ini semua itu hanya perancangan saya.





"Jika kami dinikahkan sebelum tarikh bertolak ke Makkah, bolehlah saya bawa isteri sekali. Apapun, doakan supaya hasrat saya ini dimakbulkan Tuhan," demikian tutur penyanyi Zamani yang memasang impian untuk membawa bakal isteri bersama ke Tanah Suci Mekah andai mereka dinikahkan sebelum tarikh berangkat ke menunaikan umrah.

Zamani yang bakal menunaikan umrah buat kali pertama pada November depan itu berkata, kini beliau sedang mempersiapkan diri mempelajari ilmu agama dengan seorang ustaz sebelum berangkat ke Mekah. Jelasnya, pada usia yang semakin meningkat, beliau ingin lebih fokus mendalami ilmu agama.

Klik untuk gambar besar


"Apabila usia semakin meningkat, tentunya fokus kita juga lebih tertumpu kepada usaha mendalami agama. Setiap orang pasti melalui fasa peralihan untuk menjadi insan lebih baik dan saya tidak terkecuali. Pada mulanya, saya berjumpa ustaz berkenaan untuk merawat penyakit saya.

"Kebetulan, dia juga mengajar agama, jadi saya mengambil peluang itu untuk belajar dengannya," kata penyanyi berusia 48 tahun itu yang meminta semua pihak mendoakan supaya hasratnya untuk menunaikan ibadat umrah pada November depan terlaksana.


www.myartis.com / Sumber & foto: Berita Harian & Instagram Zamani


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: