11 July 2019

"PEMINAT TAK CAKAP ATAU TANYA... MEREKA HORMATI SAYA & KEPUTUSAN" - FATHIA


"Setakat ini, saya berjumpa peminat di luar, mereka tak pernah bercakap atau bertanyakan saya mengenai hal peribadi seperti buka hijab dan sebagainya. Mereka menghormati saya dan keputusan yang saya lakukan. Mungkin ada netizen yang bercakap buruk tetapi saya tak boleh elak.





"Saya banyak belajar dari pengalaman dan kesilapan yang saya lakukan, jadi saya mahu menjadi lebih serius dalam bidang hiburan selepas ini," kata pelakon Fathia Latiff yang kini muncul dengan penampilan baru selepas melalui beberapa episod kontroversi.

Enggan menoleh ke belakang lagi, Fathia bersyukur peminat di luar sana menerima kehadirannya dengan baik. Tambah pelakon drama bersiri 'Ariana Rose' ini, sukar untuk dia mendedahkan sebab spesifik mengapa dia memilih untuk tidak lagi bertudung.

"Sangat sukar untuk saya jelaskan mengenai perkara peribadi yang terjadi dalam hidup saya. Mengenai sebab sebenar saya buka tudung, saya rasakan lebih baik saya simpan untuk diri saya sendiri. Ada perlunya saya menyimpan perkara itu dan tidak diceritakan kepada orang lain. Saya memohon doa yang baik-baik dari semua orang," katanya yang bakal muncul dengan single terbaru yang berjudul 'Jika Aku Tahu' tidak lama lagi.

Klik untuk gambar besar





www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Fathia Latiff


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: