11 July 2019

TERBABIT KEMALANGAN - ANAK EIZLAN YUSOF & PEMANDU SELAMAT, TIADA KECEDERAAN


Malang tak berbau... demikian yang terjadi kepada anak pelakon Datuk Eizlan Yusof iaitu Zareef Yusof, 9, apabila dia bersama pemandunya terbabit kemalangan ketika dalam penjalanan ke lokasi penggambaran drama 'Mak Cun' musim kelima hari ini.





Berita tersebut dikongsi oleh penerbit Erma Fatima yang sebelum itu ada memuatnaik foto kejadian di laman Instagram. Menurut Erma, dalam kejadian yang berlaku kira-kira pukul 9 pagi itu, kereta Toyota Vios yang dinaiki mereka bertembung dengan sebuah kereta lain dari arah bertentangan.

"Zareef iaitu anak kepada Eizlan dan pemandunya ada dalam kenderaan semasa penjalanan ke set shooting 'Mak Cun' di Kuala Selangor. Kejadian berlaku kira-kira pukul 9 pagi dan kereta dinaiki mereka bertembung dengan kenderaan lain dari arah bertentangan.

Klik untuk gambar besar


"Semasa kejadian saya juga dalam penjalanan dan terkejut melihat ada kemalangan dan tak sangka mereka yang berada dalam kenderaan itu. Alhamdulillah semuanya selamat, tiada sebarang kecederaan dan baik-baik sahaja.

"Bagaimanapun, mereka tetap dibawa ke hospital bagi mendapatkan pemeriksaan lanjut," jelasnya yang turut memberitahu mereka akan meneruskan penggambaran 'Mak Cun' seperti biasa memandangkan hari ini merupakan hari terakhir penggambaran.






www.myartis.com / Sumber & foto: mStar, Instagram Erma Fatima, Zareef Yusof & Eizlan Yusof


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: