11 July 2019

"BUKAN LAGI STAF SAYA... BERBAIK MEMANG JAUH SEKALI" - DSV SANGKAL DAKWAAN AMARIS


"Dia bukan lagi staf saya. Terkejut saya bila dia kata sudah bekerja semula dengan saya. Hakikatnya itu tak betul. Dia sudah lama berhenti... bulan Disember lepas. Rasanya dia pun dah pernah cakap dia dah berhenti sebelum ini. Kami tak pernah berurusan lagi tapi saya pernah terserempak dengan dia masa program raya tempoh hari. Tapi kami tak bertegur pun. Nak cakap kami dah berbaik semula memang jauh sekali.





"Dulu anggapan dia negatif tapi sekarang mujurlah dah sedar. Sebenarnya banyak dah saya bantu dia," kata usahawan kosmetik, Datuk Seri Hasmiza Othman atau lebih dikenali Datuk Seri Vida (DSV) yang mendedahkan pelakon Putra Amaris sudah tidak lagi bekerja dengan syarikatnya sejak Disember lalu.

Susulan itu, Vida menyangkal dakwaan bahawa pelakon tersebut sudah kembali bekerja dengannya. Vida yang juga bergelar penyanyi ini berkata dia tidak lagi berurusan dengan Amaris sejak dari itu. Ujar Vida, dia tiada keperluan untuk mengajar cara berniaga kepada pelakon tersebut sebagaimana didakwanya.

Klik untuk gambar besar


"Saya nak ajar-ajar dia apa lagi. Dia dah belajar pun masa bekerja dengan saya dulu. Orang yang kerja dengan saya ni kena multitasking... kena tengok tahfiz dan pada masa sama pandai buat marketing. Jadi apa yang dia cakap dekat saya sekarang ni saya pun dah tak peduli," ujarnya.

Terdahulu, Amaris menjelaskan hubungannya dengan penyanyi lagu 'I Am Me' itu sudah kembali jernih. Pada masa sama, pelakon berusia 33 tahun itu berkata dia kini membantu dalam menguruskan hal pemasaran dan perniagaan Vida.




www.myartis.com / Sumber & foto: mStar, Instagram Datuk Seri Vida & Putra Amaris


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: