11 July 2019

ISU RUMAH TANGGA - HUNNY MADU ENGGAN KOMEN, JANJI AKAN KONGSI


Berhubung isu rumah tangga dengan suaminya, Khairul Azhar Abdul Wahid, penyanyi dan pengacara Hunny Madu atau nama sebenarnya, Hani Farhana Mohd. Hatim menolak daripada mengulas sebarang komen dan berkata, biarlah perkara tersebut tidak diperkatakan dahulu buat masa ini.





Dia berjanji akan berkongsi situasi sebenar apabila tiba masanya kelak: "Maaf saya tidak boleh memberi sebarang komen tentang hal tersebut. Harap anda semua boleh menghormati privasi saya sekeluarga buat masa sekarang," katanya yang mendirikan rumah tangga dengan Khairul pada 2010 dan dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Eva Medina, 7, dan Adam Musa, 2.

Terdahulu, hubungan antara pelantun lagu 'Thank You Very Much' (TKVM) itu dengan suami mula diperkatakan peminat apabila sudah tidak memuat naik gambar bersama terutama pada sambutan Hari Raya Aidilifitri yang lalu. Kali terakhir pasangan itu dilihat merakam gambar bersama adalah pada sambutan hari lahir anak sulung mereka pada awal Januari lepas.

Klik untuk gambar besar









www.myartis.com / Sumber & foto: Kosmo & Instagram Hunny Madu


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: