11 July 2019
"RASA DIA LEBIH KUAT TEMPUHI DUGAAN" - BEKAS ISTERI PU ABU MOHON DOA BAIK-BAIK
Mendedahkan dirinya tidak mengetahui status terkini perkahwinan bekas suaminya iaitu Pencetus Ummah (PU) Abu Sufyan dengan isteri barunya, Hana Azraa yang didakwa sedang berantakan, Ain 'Afini Latif memohon doa yang baik-baik untuk bapa kepada anaknya, Muhammad Adam Aysar.
Ain menjawab soalan Norman Hakim dan Erra Fazira yang bertindak selaku pengacara program Mingguan Wanita yang bersiaran langsung pada jam 11 pagi hari ini: "Bercerai dengan pasangan baru? Saya pun tak tahu sahih atau tidak. Tapi kita doa yang baik-baik. Tiada rumah tangga yang nak pengakhiran sebegitu".
Bakal tamat tempoh berpantang, Ain sendiri tidak pasti dengan keadaan PU Abu sekarang: "Keadaan PU Abu sekarang? Saya tak pasti. Tapi, Insya-Allah, saya rasa dia okay. Apa yang dah jadi sekarang, saya rasa dia lebih kuat menempuhi setiap dugaan yang datang.
"Saya belum habis pantang, lagi beberapa hari baru habis. Bekas pasangan saya sering menziarah anak, dia tahu tanggungjawab dia," jawab Ain ketika dihubungi oleh program Mingguan Wanita yang membincangkan mengenai topik 'Curang - Cinta Atau Suka Suka?'.
Klik untuk gambar besar
Sepatutnya, PU Abu hadir menjadi panel untuk membincangkan topik berkenaan namun penceramah bebas itu tidak dapat menghadirkan diri di saat akhir. Sejak dua hari lalu, media sosial kecoh membicarakan mengenai isteri PU Abu yang mendedahkan mengenai status perkahwinan mereka kini ibarat telur di hujung tanduk.
Jelas Hana, mereka kini proses untuk bercerai dan sudah tidak lagi tinggal sebumbung namun PU Abu pula enggan mengulas mengenai status perkahwinannya bersama Hana dan menegaskan mereka masih suami isteri. Dalam pada itu, ketika ditanya oleh pengacara mengenai peluang kedua, ibu tunggal kepada cahaya mata lelaki bernama Muhammad Adam Aysar ini mempunyai jawapan tersendiri.
"Peluang kedua? Pada pendapat saya, kita mengenali pasangan kita lebih daripada orang lain. Jadi, orang luar boleh bagi macam-macam pendapat, hakikatnya, dalam rumah tangga, kita sendiri tahu bagaimana keadaannya. Pada saya sendiri, kalau yakin seseorrang itu boleh berubah, Insya-Allah tak ada masalah pun. Ia berdasarkan pandangan masing-masing. Semua orang boleh berubah, tak ada orang yang tak boleh berubah," katanya.
Program Mingguan Wanita dengan wajah baru sudah mula bersiaran sejak 8 Julai 2019, setiap hari Isnin hingga Jumaat pukul 11 pagi di saluran Astro Prima (105) dan Prima HD (121). Selain Erra dan Norman, rancangan itu turut dihoskan oleh Siti Elizad, Radin, Sherry Alhadad dan pakar motivasi secara bergilir-gilir.
www.myartis.com / Sumber: Astro Gempak
________________________
Labels:
Berita sana sini,
Gambar sana sini
No comments:
Post a Comment