12 July 2019
SUAMI ABBY: "BEST TENGOK BABY, SEMUA SIHAT... INSYA-ALLAH JANUARI 2020"
Menerusi kemas kini terbaru di akaun Instagramnya, suami pelakon dan penyanyi Abby Abadi, Muhammad Faizal Zakaria atau Jai Ezzany telah berkongsi perkembangan terbaru isterinya yang sedang hamil selain menyatakan rasa syukur dan memaklumkan anak yang dikandung isterinya itu berada dalam keadaan sihat.
Selain itu, dia juga mendedahkan tarikh jangkaan bersalin Abby adalah pada Januari 2020: "Hari ini dengan my love @abby_abadi112 ke klinik lagi sebab ada temu janji untuk scan. Best tengok baby, semua sihat. Insya-Allah Januari 2020 dapat melihat kebesaran ciptaan dan nikmat yang Allah berikan kepada hambaNya. Moga Allah berikan kesihatan yang terbaik untuk my love & my baby...".
Terdahulu pada tahun 2017, Abby mendedahkan pernah mengalami keguguran ketika usia kandungannya berusia lima bulan. Abby mendirikan rumah tangga dengan Faizal pada 14 Ogos 2015 dan mempunyai dua orang anak angkat bernama Muhammad Daiyan Fayyad dan Maisara Dayana Fathia.
Klik untuk gambar besar
www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Jai Ezzany
________________________
Labels:
Berita sana sini,
Gambar sana sini
No comments:
Post a Comment