12 July 2019

DIKATA LEBIH BAGUS DARI SITI - DANIEL JELAS TAK SALAH NYANYI LAGU KOMPOSER LAIN


Baru-baru ini, seorang pengguna di laman Twitter mengatakan penyanyi Naim Daniel lebih bagus daripada penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza. Hal ini kerana, menurut pengguna Twitter berkenaan, Naim menulis lagunya sendiri sedangkan Siti menyanyi dan merakamkan lagu komposer serta penulis lirik lain.





Mengulas mengenai kenyataan tersebut, penyanyi lagu 'Sumpah', Naim Daniel menjelaskan, tiada salahnya bagi seseorang penyanyi merakamkan lagu hasil ciptaan komposer lain memandangkan ia merupakan perkara normal dalam industri. Naim berkata, perkara tersebut tidak perlu dipertikaikan kerana tidak semua penyanyi berkeupayaan untuk mencipta lagu sendiri.

"Bagi saya, tidak salah bagi seorang penyanyi menyanyikan lagu komposer lain. Tidak semua penyanyi boleh menulis lagu dan tidak semua penulis boleh menyanyi. Perkara tersebut normal. Apa yang penting, penyanyi dan komposer serta penulis lirik perlu ada persefahaman," katanya.

Dalam pada itu, Naim berkata, dia sering duduk berbincang dengan komposer untuk mendalami maksud yang ada menerusi lirik pada lagunya: "Selalunya, kita akan duduk berbincang dengan komposer dan mengkaji setiap bait lirik yang ingin kita tulis. Apabila kita dapat menentukan rasa untuk setiap perkataan dalam lirik, ia memudahkan lagi pendengar untuk merasai lagu tersebut apabila diputarkan".

Klik untuk gambar besar





www.myartis.com / Sumber & foto: Kosmo & Instagram Naim Daniel


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: