12 July 2019
"SEBUMBUNG... SPEKULASI YANG BERLAKU HANYALAH KONFLIK KECIL SAHAJA" - PU ABU
"Hubungan saya dengan isteri saya, Hana Azraa masih baik-baik saja, masih okey dan kami masih tinggal sebumbung. Spekulasi yang berlaku baru-baru ini hanyalah konflik kecil sahaja, biasalah rumah tangga sedangkan lidah lagi tergigit apakan pula kusyen dengan sofa.
"Kepada netizen mohon doakan yang baik-baik supaya kami boleh hidup dalam keadaan baik dan harmoni. Kepada sesiapa yang tak tahu asal-usul cerita A sampai Z lebih baik diam atau tak ulas apa-apa sebab kalau kita cakap pasal benda tu dan tak betul boleh jadi fitnah!
"Kalau betul pun boleh jadi mengumpat! Lebih baik diam daripada kita cakap benda tak baik pasal orang, lebih baik doa yang baik-baik. Kalau kita dengan Tuhan boleh minta ampun secara terus tetapi kalau dengan manusia kita kena cari dia di padang mahsyar untuk minta maaf dengan dia," demikian kata pendakwah bebas, PU Abu Sufyan yang akui berdepan konflik kecil dengan isteri barunya, Hana Azraa baru-baru ini.
Klik untuk gambar besar
Bagaimanapun, jelas PU Abu hubungan mereka masih baik dan menafikan dakwaan sudah tidak tinggal sebumbung lagi. Dalam masa sama, PU Abu menasihati semua pihak agar berhenti membuat sebarang spekulasi susulan berhubung isu rumah tangganya yang sedang hangat diperkatakan. Menerusi tinjauan terkini, rakaman video yang dimuatnaik oleh PU Abu di laman Instagram miliknya itu telah dipadamkan setelah beberapa minit disiarkan.
Terdahulu, isteri baru PU Abu, Hana Azraa mendedahkan rumah tangga mereka kini dilanda badai dan bakal bercerai. Dakwa Hana, mereka sudah tinggal berasingan di Kuala Lumpur dan Kedah. Kisah rumah tangga PU Abu menjadi perhatian umum apabila bekas isterinya, Ain 'Afini mendedahkan telah diceraikan suaminya selepas memilih untuk bernikah dengan Hana yang merupakan seorang janda.
PU Abu bernikah dengan Ain pada 31 Ogos 2018 namun menceraikan isterinya yang sedang hamil itu pada 13 Mac menerusi aplikasi WhatsApp. Konflik mereka selesai apabila jatuhnya talak kedua pada 16 Mei lalu. PU Abu dan Ain dikurniakan seorang bayi lelaki, Muhammad Adam Aysar pada 7 Jun lalu.
www.myartis.com / Sumber & Foto: Astro Gempak & Instagram Pu Abu
________________________
Labels:
Berita sana sini,
Gambar sana sini
No comments:
Post a Comment