10 July 2019
PU ABU DAKWA HUBUNGAN OKEY: "TAK TAHU KENAPA JAWAPAN DIA BEGITU" - HANA AZRAA
Pencetus Ummah (PU), Abu Sufyan sekali lagi dilanda kontroversi apabila rumah tangga yang dibina bersama isteri barunya, Hana Azraa sedang berantakan selepas dua bulan beliau menceraikan isteri pertamanya, Ain 'Afini Latif yang sedang hamil da kini selamat melahirkan anak sulung lelaki, Muhammad Adam Aysar.
Namun, kisah mereka ini agak mengelirukan ramai, Hana mendedahkan mereka sudah membawa haluan masing-masing apabila tidak lagi tinggal bersama dan dalam proses bercerai, kenyataan PU Abu pula bercanggahan dengan kenyataan isterinya itu. Pelbagai spekulasi tercetus mengenai perkahwinan mereka ini.
Terbaru, Hana juga merasa musykil dengan jawapan yang diberikan oleh suaminya mengenai rumah tangga mereka sedangkan sudah mengetahui bagaimana situasi mereka sekarang: "Saya tidak tahu kenapa jawapan dia begitu sedangkan dia tahu situasi kami macam mana. Maaf ya, saya tidak dapat ulas lebih terperinci lagi".
Terdahulu, PU Abu menafikan bahawa mereka sudah membawa haluan masing-masing. Katanya, hubungan mereka suami isteri masih lagi baik. Malah, pendakwah bebas itu juga mendakwa apa yang diperkatakan oleh Hana tentang proses perceraian adalah tidak benar sama sekali dan mereka masih pasangan suami isteri: "Kami masih suami isteri. Saya dan dia (isteri) okey-okey sahaja. Kami masih sebumbung dan saya datang ke Kuala Lumpur atas urusan kerja dan anak. Dakwaan Hana itu tidak benar kerana saya baru saja ke sini dua tiga hari".
Klik untuk gambar besar
www.myartis.com / Sumber: Kosmo & MHETV
________________________
Labels:
Berita sana sini,
Gambar sana sini
No comments:
Post a Comment